|
Terma dan Syarat-Syarat 1- Sila ambil perhatian dengan terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat LiteForex. Sila baca dengan teliti dan fahami sebelum anda meneruskan segala urusan. 2- Harap maklum, bahawa pihak kami ( LiteForex Malaysia ) tidak menjalankan sebarang urusan dalam urusniaga trading Forex anda. Sila ambil perhatian bahawa anda haruslah menanggung segala kerugian yang anda telah alami. Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hasil trading anda sama ada dari segi keuntungan atau pun kerugian. 3- Kami tidak akan sesekali menjalankan urusniaga trading Forex ini bagi pihak anda kerana ianya adalah salah dari terma dan syarat-syarat Syarikat Straighthold Investment Group iaitu syarikat broker LiteForex di Russia. 4- Juga kami ingatkan bahawa segala aktiviti anda dalam akaun trading Forex anda adalah 100% tanggungjawab anda. 5- Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan ke atas pelanggan dari segi bimbingan dan juga menyelesaikan permasalahan yang timbul di antara pelanggan dan juga pihak LiteForex. 6- Juga diingatkan bahawa anda adalah dilarang sama sekali mendaftarkan akaun trading Forex kepada orang lain. Pihak kami tidak akan sama sekali bertanggungjawab ke atas segala masalah yang timbul selepas itu. 7- Anda juga diingatkan supaya tidak memberikan wang anda kepada seseorang untuk mejalankan urusniaga Forex anda kerana jika anda mengalami kerugian, anda terpaksa menanggung sendiri. 8- Diingatkan, kami juga tidak mempunyai agen atau rakan kongsi atau atau pengurus cawangan atau “money collectors” untuk pihak kami. Jangan sesekali tertipu dengan orang yang datang dan memberitahu anda bahawa dia adalah orang yang dilantik khas oleh pihak LiteForex untuk mengambil wang atau untuk menjalankan trading Forex bagi pihak anda atau menyediakan sesuatu kepada anda. Sekiranya anda didatangi oleh mereka, sila dengan segera hubungi kami. Kami tidak akan bertanggungjawab dia atas segala musibah dan masalah yang akan anda tanggung. 9- Segala keuntungan dan juga segala kerugian atas urusniaga trading Forex atau ke atas penipuan dari pihak ketiga adalah 100% atas tanggungjawab anda. 10- Kami tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk segala urusan kami. Kami tidak melantik mana-mana individu untuk menjalankan urusan trading ke atas akaun trading Forex anda. Kami juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dengan segala penipuan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak ketiga ke atas akaun trading Forex anda.
Terma dan syarat-syarat deposit wang ke akaun trading anda. 1- Diingatkan bahawa kami ( LiteForex Malaysia ) adalah bertindak sebagai tempat pertukaran matawang elektronik (e-currency) untuk anda deposit dan membuat pengeluaran wang dari akaun trading Forex anda. Kami tidak menerima wang anda untuk melakukan trading ke atas akaun Forex anda. Kami hanya menyediakan perkhidmatan jual dan beli e-currency kepada anda untuk urusan memasukkan wang dan mengeluarkan wang. 2- Untuk melakukan deposit ke akaun trading anda, sila isikan maklumat anda di bahagian diatas. 3- Semua deposit adalah mengikut kadar seperti berikut :- ~ Deposit RM 3.70 untuk USD 1.00 4- Kami tidak mengenakan sebarang cas perkhidmatan untuk transaksi ini. 5- Proses deposit akan mengambil masa minima 5 minit -10 minit sahaja dan maksima tiga hari bekerja (3 hari bekerja) 6- Sebarang kesulitan dan kelewatan deposit disebabkan oleh sesuatu yang di luar kawalan kami ke dalam akaun trading Forex anda adalah risiko yang terpaksa anda tanggung sekiranya berlaku sebarang perubahan pada margin akaun anda. 7- Waktu bekerja kami adalah dari pukul 9.00pagi - 9.00malam setiap hari dari Isnin- Jumaat. Sekiranya deposit dilakukan selepas dari waktu itu, urusan akan dilakukan keesokkan hari nya.
Terma dan syarat-syarat pengeluaran wang dari akaun trading anda. 1- Sila isikan maklumat di borang pengeluaran pada bahagian di atas 2- Semua pengeluaran wang akan mengambil masa 24jam dari waktu wang anda dikeluarkan dari akaun trading Forex anda. Sila rujuk waktu pengeluaran wang anda di akaun trading anda masing-masing. Perbezaan masa adalah selama 6 jam dari waktu Malaysia dan waktu di Russia. 3- Sebarang urusan hendaklah dilakukan pada pukul 9.00pg - 8.00mlm sahaja dan sekirannya dilakukan selepas waktu itu, semua urusan pengeluaran akan dilakukan keesokkan hari nya. 4- Kadar pengeluaran adalah seperti berikut. a ) RM 3.50 untuk USD 1.00 b ) RM 3.20 untuk USD 1.00 c ) RM 3.00 untuk USD 1.00 5- Untuk kadar (a) setiap pengeluaran akan dibayar pada harga RM 3.50 untuk USD 1.00 sekiranya semua deposit wang ke akaun trading Forex anda semua nya melalui kami ( LiteForex Malaysia ) 6- Untuk kadar (b) setiap pengeluaran akan dibayar pada harga RM 3.20 untuk USD 1.00 sekiranya semua deposit wang ke akaun trading Forex anda melalui kami ( LiteForex Malaysia ) dan juga melalui cara lain seperti deposit menggunakan matawang elektronik lain seperti e-bullion, e-gold, Liberty Reserve, WebMoney , Wire Transfer dan lain-lain. 7- Untuk kadar (c) setiap pengeluaran akan dibayar pada harga RM 3.00 untuk USD 1.00 sekiranya semua deposit wang ke akaun trading Forex anda tidak langsung melalui kami dan menggunakan cara lain seperti e-bullion, e-gold, Liberty Reserve, WebMoney , Wire Transfer dan lain-lain. 8- Proses pengeluaran wang akan mengambil masa minima 24 jam sahaja dan maksima tiga hari bekerja (3 hari bekerja)
|